Akidah

1.0 Mari kenali sifat-sifat Allah......😃



Sifat-sifat Allah yang wajib kita ketahui ada 20 sifat iaitu yang disenaraikan dalam gambar diatas.

Sifat-sifat Allah tidak sama dengan sifat manusia.
Antara perbezaannya ialah:

PERBANDINGAN SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T DENGAN MAHLUK
  • Sifat-sifat Allah s.w.t berbeza dengan sifat- sifat mahluknya...
  • Manusia & Haiwan memerlukan pancaindera untuk mendengar, melihat dan berkata-kata..
  • Allah s.w.t hidup kekal tiada awal dan tiada akhir....
  • Setiap mahluk akan meninggal  atau mati suatu hari nanti....
  • Allah s.w.t tidak memerlukan sesiapa, Dia boleh berdiri dengan sendiriNya...
  • Manusia memerlukan orang lain untuk hidup di dunia ini....
  • Sifat Allah s.w.t Maha Sempurna..
  • Manusia pula serba kekurangan...

Lihat video di bawah untuk lebih mudah menghafal sifat-sifat Allah tersebut...






2.0 Allah itu Al-Ahad dan As-Somad....

Apa maksud Al-Ahad dan As-Somad?????
  • Ahad bermaksud Allah Maha Esa.
  • Somad pula bermaksud Allah Maha Pelindung.






Rujukan:
Hamam Yahya, Azizi Umar Ali (2017). Pendidikan Islam Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.





Comments

Post a Comment